Rabu, 21 April 2010

Mengembara di Tuaran


Salam bersua kembali pada semua('',)!
S.A.H.A.B.A.T... Saya yakin dan percaya semua orang tahu makna yang tersirat dalam satu kata yang simple tapi begitu signifikan dalam kehidupan harian kita. Seperti anda semua, saya juga mempunyai ramai kawan tetapi ada sedikit sahaja sahabat. Pada saya, sahabat adalah mereka yang berani menegur kesilapan kita dengan cara yang baik dan berhikmah tetapi tidak pada diri kawan. Erm... ok la. Sekarang saat untuk aku berkongsi cerita berkaitan aktiviti-aktiviti aku dengan kawan-kawan yang tinggal di Kolej Kediaman Indah Permai. Kolej tercinta! hehehehe..
Pada "study week" yang lepas, aku dan kawan-kawan telah merancang untuk pergi ke Tuaran dengan tujuan untuk memancing ikan. Macam best jak.. Hehehehe! Berangkat kesana tepat jam 8pagi. Kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa agar segala perancangan kami berjalan lancar seperti yang telah di rancangkan.. Kami telah memilih satu tempat yang di rasakan sesuai untuk memancing ikan. Setelah berjam-jam menunggu dengan penuh sabar dan yakin, akhirnya seekor ikan pun kami xdapat. heheheheh!
Semua rasa kecewa. Walaupun matlamat utama di kira gagal, tapi matlamat yang paling utama mampu kami capai iaitu mengeratkan silaturrahim antara kami. Kami sempat bermandi manda dan membuat BBQ di sana. Hehehe! Best la jgak..
Gambar kat atas ni, aku ambik semasa berjalan-jalan di tepi pantai. He...

1 ulasan: